 |
| Modules |  |
| Who's Online |  |
There are currently, 4 guest(s) and 0 member(s) that are online.
You are Anonymous user. You can register for free by clicking here | |
| Languages |  |
|
Select Interface Language:
| |
|  |
Selamat Datang Ke Batu Talam
PENGUMUMAN : Bagi menyahut seruan SPR supaya media berlaku adil terhadap parti politik yang bertanding dalam sebarang pilihanraya. Maka kami di batutalam.com akan cuba sedaya upaya untuk memaparkan segala maklumat , berita dan hujah atau pandangan semua parti politik ,ngo dan orang perseorangan disini . Kami akan cuba sedaya upaya untuk berlaku adil . Anda diluar sana juga boleh menyumbang berita-berita terkini dengan meng'klik' di butang 'Submit News' . Kami akan sedaya upaya akan memaparkan berita-berita / artikel dari anda. Anda adalah diingatkan agar tidak menghantar berita yang boleh mengancam keselamatan negara dan berbau perkauman.
Sekian terima kasih
Disclaimer : Kami tidak akan bertanggungjawab diatas semua artikel yang dipaparkan di laman ini.
SELAMAT DATANG KE BATU TALAM
Secara tiba-tiba kawasan Batu Talam, Pahang menjadi tumpuan masyarakat kerana
dalam tempoh terdekat, pilihan raya kecil bakal diadakan tidak lama lagi berikutan kematian
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)nya, Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 66, akibat
penyakit paru-paru dan usus baru-baru ini.
Sebagai rekod, pada pilihan raya umum 2004, calon PAS, Dr Mohamed Nilam Abdul
Manaf tewas kepada calon BN dengan kekurangan 2,761 undi.
Di sinilah antara medan perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk menilai sejauh
mana sokongan rakyat khususnya rakyat di negeri Pahang sebelum mendepani pilihan raya
umum yang juga dijangka pada tahun ini. Secara tidak langsung Batu Talam mengimbau kembali kisah yang menggemparkan
negara juga politik tanah air apabila pada 1993, kejadian tragis pembunhuhan Ahli Dewan
Negeri kawasan itu, Dato' Mazlan Idris. Pembunuhan Mazlan membabitkan pasangan bomoh Mona Fandey dan suaminya Mohd
Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka Juraimi Husin.
Selain kisah bunuh dan misteri, Batu Talam juga popular dengan kisah dongeng rakyat
berkaitan kemunculan nama kawasan Batu Talam tersebut.
Menurut orang kampung berkenaan ada batu berbentuk talam dan pinggan mangkuk di
kampung tersebut. Dari situlah nama Kampung Batu Talam tercipta.
Menurut ceritanya, semua batu bentuk binatang, perabot dan peralatan dapur itu terbentuk
angkara sumpahan atau teguran Sang Kelembai. Kononnya, makhluk bermuka hodoh ini
tidak boleh membuka mulutnya kerana apa sahaja yang ditegurnya akan bertukar menjadi
batu.
Biarlah kisah dongeng dan misteri menjadi lipatan sejarah, namun realitinya biarlah
penduduk Batu Talam sendiri yang menilai selama ini adakah mereka telah berpuas hati dengan kepimpinanan yang lalu atau telah berubah hati . Kedua-dua parti politik yang bertanding perlulah bekerja keras memenangi hati pengundi . Dan sudah tentu dimana-mana pilihanraya kecil akan adalah kebanjiran penyokong dari kedua-dua belah pihak yang akan memnenuhi dearah Raub ini . Dan ini sudah barang tentu memberi rezeki kepada peniaga di daerah Raub .
|
|
 | PAS, KeADILan boikot pilihan raya kecil Batu Talam |
Anonymous writes "RAUB, 11 Jan (Hrkh) - PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mengumumkan untuk memboikot pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Pahang kawasan Batu Talam yang dijadualkan berlangsung 28 Jan ini.
Pengumuman pemboikotan itu dibacakan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa dalam satu majlis ceramah di Markas PAS Sega di sini malam tadi.
Menurut Nasharudin kepincangan yang berlaku termasuk daftar pemilih yang tidak tepat dan diragui, penyalahgunaan undi pos yang menjadikan pilihan raya tidak telus dan prejudis membuatkan Barisan Alternatif mengambil keputusan untuk memulaukan pilihan raya kecil tersebut.
Majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang penyokong PAS dan KeADILan itu turut disertai Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Kerusi Batu Talam kosong berikutan kematian Adun Barisan Nasional (BN) Dato' Tengku Paris Tengku Razlan, 65, pada 27 Disember lalu.
Berikut adalah teks perisytiharan tersebut:
PEMBOIKOTAN PENGLIBATAN DALAM PILIHAN RAYA KECIL DUN O6 BATU TALAM
Pilihan raya bersih dan bebas merupakan satu asas utama dalam sebuah demokrasi yang sihat dan wibawa. Sistem pilihan raya adalah mekanisme penting untuk memberikan keabsahan dan mandat kepada kerajaan yang memerintah.
Kebebasan ini memberi ruang kepada pengundi untuk menunaikan hak asasi mereka dalam proses politik bagi menentukan calon-calon mereka dalam memilih kerajaan yang mereka kehendakki.
Berpandukan kepada pengalaman pahit dalam beberapa pilihan raya yang lalu dan khasnya Pilihan raya Umum ke-11, sesungguhnya kami meyakini bahawa pilihan raya yang telah dijalankan adalah sarat dengan penipuan, penyelewengan dan pembohongan yang sekali gus menjejaskan kredibiliti dan maruah kerajaan yang memerintah.
Serentak dengan itu, rakyat semakin resah dan bosan dengan ketempangan dan kecurangan proses demokrasi ini, yang kini dilihat adalah jauh dari memberikan keadilan dan persaingan serta pertandingan di padang yang sama-rata.
Kami senaraikan antara kepincangan dan ketempangan yang berlaku:
i. Daftar Pemilih yang tidak tepat dan diragui. ii. Pengundi Pos yang sering disalahgunakan bagi kepentingan kerajaan BN. iii.Proses penjalanan pilihanraya yang tidak telus, prejudis dan bersifat berat-sebelah. iv.Sikap dan pendirian Pengerusi SPR yang tidak konsisten dan memihak kepada kerajaan BN. v. Tindakan SPR dalam pengendalian persempadanan yang tidak mengikut semangat dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bersifat tidak adil. vi. Sikap SPR yang rela diperkudakan oleh parti pemerintah sehingga menjejaskan maruah dan wibawa SPR sebagai Suruhanjaya bebas yang seharusnya memelihara proses pilihanraya.
Berlatarbelakangkan kesemua faktor yang digariskan di atas, maka kami meyakini pilihan raya kecil DUN 06 Batu Talam akan menyaksikan berulangnya penyelewengan yang merosakkan kesucian (sanctity) proses demokrasi. Kenyataan Pengerusi SPR yang menyebut bahawa daftar pemilih yang telah diwartakan pada 30 November 2006, berjumlah 10,748 telah dibersihkan menjadi 10,524 selepas daripada perwartaan itu kini menimbulkan kecurigaan.
Proses pembersihan tersebut tidak boleh dikatakan telah dijalankan secara telus kerana ianya dilakukan secara unilateral oleh SPR tanpa penyertaan parti-parti politik yang mengambil bahagian dalam pilihan raya.
Segala kecurigaan kami telah disahkan melalui kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi SPR yang mengatakan baru-baru ini bahawa ”undang-undang dan peraturan pilihan raya yang telah berusia 50 tahun itu tidak lagi sesuai digunakan pada masa ini dan tidak lagi memberi ruang kepada SPR untuk menjamin keadilan terus wujud bagi semua pihak memandangkan sosial yang telah berubah”.
Dengan ini, kami pimpinan BA, menegaskan pendirian untuk menolak dan memboikot penyertaan dalam pilihanraya kecil bagi DUN 06 Batu Talam.
Presiden Parti Islam SeMalaysia, Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang,
Presiden Parti Keadilan Rakyat Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail "
|
|
|
Posted by ahmad on Wednesday, January 10 @ 18:48:18 MYT (227 reads)
(Read More... | 8262 bytes more | 27 comments | Score: 0)
|
|
 | Perisytiharan penting BA di Batu Talam, esok |
Anonymous writes "KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul
Hadi Awang dan Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengumumkan
satu perisytiharan penting berhubung proses pilihan raya negara khususnya
pilihan raya kecil Dun Batu Talam dalam satu majlis ceramah Barisan Alternatif
(BA) esok, 10 Januari, di Markaz PAS Sega, Raub, jam 9.00 malam.
"
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 10:15:18 MYT (95 reads)
(Read More... | 1519 bytes more | 433 comments | Score: 0)
|
|
 | Pengerusi SPR jangan jadi boneka Umno dan BN - Anwar |
Anonymous writes "KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Anwar Ibrahim menyeru Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri
Abdul Rashid Abdul Rahman supaya sedar dan tidak terus digunakan sebagai boneka
oleh Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini, kata Anwar, pihaknya telah menyeru Pengerusi SPR supaya meletak
jawatan kerana menganggapnya “lemah dan khianat terhadap amanahnya, kerana
proses pilihan raya yang pincang telah melemahkan demokrasi di Malaysia”.
"
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 10:14:59 MYT (213 reads)
(Read More... | 4311 bytes more | 175 comments | Score: 0)
|
|
 | PAS ragui komitmen Pengerusi SPR untuk wujudkan pilihan raya telus dan adil |
Anonymous writes "KUALA LUMPUR, 9 Jan (Hrkh) - Pengakuan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan
Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengenai kelemahan dan kepincangan
undang-undang pilihan raya dan cadangan supaya satu suruhanjaya bebas bagi
mengkaji proses pilihan raya ditubuhkan tidak langsung menarik minat para
pemimpin PAS.
Beberapa pemimpin PAS yang ditemui menyifatkan kenyataan terbaru Pengerusi
SPR itu sebagai strategi lapuk bagi mengelabui mata rakyat yang semakin sedar
dengan kelemahan dan kepincangan sistem pilihan raya di negara ini.
"
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 10:14:39 MYT (125 reads)
(Read More... | 3925 bytes more | 12 comments | Score: 0)
|
|
 | SPR perlu dirombak -- Bagi menangkis dakwaan badan itu tidak bebas – Pengerusi |
Anonymous writes "BANGI 8 Jan. – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman mencadangkan badan itu distruktur semula dan undang-undang serta peraturan pilihan raya di bawahnya yang sudah berusia 50 tahun dirombak secara drastik.
Kajian semua itu bertujuan menjadikan SPR dan proses pilihan raya yang sering dikritik pelbagai pihak, menjadi lebih telus, adil dan saksama kepada semua parti politik dan rakyat negara ini.
“Orang sekarang lebih pandai, negara juga dah moden. Orang bertanya kenapa tidak boleh dibuat pilihan raya yang lebih telus,” katanya kepada pemberita selesai sesi soal jawab pada majlis pelancaran Akademi Pilihan Raya di sini hari ini. "
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 01:36:54 MYT (111 reads)
(Read More... | 4030 bytes more | 6 comments | Score: 0)
|
|
 | Pengundi diminta semak nama dalam daftar pemilih |
Anonymous writes "Pengundi diminta semak nama dalam daftar pemilih
RAUB 7 Jan. – Pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu
Talam dinasihat menyemak nama mereka di pusat pendaftaran Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), pejabat PAS atau UMNO bagi memastikan nama tidak tercicir dalam daftar pemilih.
Ketua PAS Kawasan Raub, berkata,
semakan itu perlu dilakukan awal bagi mengelakkan keadaan kelam-kabut
pada hari pengundian 28 Januari ini.
Katanya, dengan menyemak senarai nama itu sekurang-kurangnya para
pengundi dapat mengetahui lokasi atau saluran mereka untuk mengundi
pada tarikh itu nanti."
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 01:36:28 MYT (183 reads)
(Read More... | 1658 bytes more | 16 comments | Score: 0)
|
|
 | KeADILan tidak bertanding di Batu Talam |
Anonymous writes "Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) telah memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri (N06) Batu Talam; dan sekaligus akan memberi sokongan sepenuhnya kepada PAS dalam pilihan raya kecil tersebut.
Seluruh jentera Keadilan peringkat Bahagian dan Negeri akan memulakan gerakerja pilihan raya sebaik selesai penamaan calon pada 16hb Januari, 2007, dengan penumpuan khusus di kawasan pengundi bukan Melayu dan kubu kuat BN.
KeADILan Pahang menyeru dan merayu kepada semua pengundi di DUN Batu Talam mengundi calon PAS demi membela nasib rakyat Pahang yang dihimpit dengan masalah kekurangan infrastruktur, kenaikan harga barang, gejala sosial dan kerakusan pemimpin-pemimpin Umno.
Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang "
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 01:35:15 MYT (111 reads)
(Read More... | 17 comments | Score: 0)
|
|
 | Jentera Barisan Nasional digerak ke Batu Talam hari ini |
Anonymous writes "RAUB 8 Jan. – Jentera parti dari seluruh negara akan digerakkan
mulai esok ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dalam
usaha mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, jentera
parti dari setiap negeri diberi tanggungjawab menjadi ‘bapa angkat di
12 peti undi DUN itu dan tidak perlu menunggu hari penamaan pada 16
Januari ini.
Katanya, ia bagi memastikan jentera parti peringkat negeri
mengetahui selok-belok kawasan angkat mereka termasuk dari segi
logistik, masalah serta keperluan pengundi."
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 01:34:11 MYT (90 reads)
(Read More... | 1535 bytes more | 10 comments | Score: 0)
|
|
 | Jentera Barisan Nasional digerak ke Batu Talam hari ini |
Anonymous writes "RAUB 8 Jan. – Jentera parti dari seluruh negara akan digerakkan
mulai esok ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Talam dalam
usaha mempertahankan kerusi Barisan Nasional (BN) di kawasan berkenaan.
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad berkata, jentera
parti dari setiap negeri diberi tanggungjawab menjadi ‘bapa angkat di
12 peti undi DUN itu dan tidak perlu menunggu hari penamaan pada 16
Januari ini.
Katanya, ia bagi memastikan jentera parti peringkat negeri
mengetahui selok-belok kawasan angkat mereka termasuk dari segi
logistik, masalah serta keperluan pengundi."
|
|
|
Posted by ahmad on Tuesday, January 09 @ 01:33:55 MYT (128 reads)
(Read More... | 1535 bytes more | 13 comments | Score: 0)
|
|
|  |
| Survey |  |
| Login |  |
|
Don't have an account yet? You can create one. As a registered user you have some advantages like theme manager, comments configuration and post comments with your name. | |
| Big Story of Today |  |
|
There isn't a Biggest Story for Today, yet. | |
| Old Articles |  |
| Information |  |
| 
|